UNIT JAMINAN KUALITI
Unit Kualiti dan Dokumentasi (UKD) yang kini dikenali sebagai Unit Jaminan Kualiti (UJK) dibentuk rentetan dari keputusan Perancangan Strategik I pada Jun 1997. UJK ditubuhkan hasil inisiatif pihak pengurusan atasan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi mendapatkan pensijilan MS ISO 9001 untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang di kalangan warga PSA.
Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapkan peranan warga PSA yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan berterusan kearah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti PSA.
FUNGSI
Tugas UJK adalah menyelaraskan pelaksanaan sistem kualiti di PSA. Jawatankuasa utama yang diurusetiakan oleh UJK adalah Jawatankuasa Pengurusan Kualiti (JPK) dan Jawatankuasa Kerja Kualiti (JKKK) PSA. Kedua-dua jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menerapkan nilai-nilai kualiti kepada semua warga PSA melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.
JPK dianggotai oleh semua Ahli Mesyuarat Pengurusan. Manakala JKKK dipengerusikan oleh Wakil Pengurusan dan dianggotai oleh Penyelaras Jaminan Kualiti di setiap jabatan, unit dan bahagian PSA.
Antara fungsi-fungsi utama UJK adalah :
- Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau sistem pengurusan kualiti selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
- Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di Jawatankuasa, Pemilik Proses, Jabatan, Bahagian dan Unit.
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek sistem pengurusan kualiti serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan budaya kerja cemerlang ke atas setiap peranan yang diamanahkan.
- Menyelaraskan maklumat mengenai maklumbalas pelanggan serta menjalankan Kajian Kepuasan Hati Pelanggan (Staf).
SKOP TUGAS UNIT JAMINAN KUALITI
Unit Jaminan Kualiti bertanggungjawab menguruskan dan menyelaras pentadbiran serta menyediakan panduan dan sokongan kepada setiap peringkat staf dalam pelaksanaan sistem jaminan kualiti dan proses akreditasi di PSA
No comments:
Post a Comment